JBT Snow & Sakura Trip : 6D5N / 5D4N (Mac/April 2018)

Pengenalan Pakej Snow & Sakura 2018 (JSST2018)

Dengan menyertai trip ini, peserta mendapat peluang merasai dua musim dalam satu trip yang sama iaitu keindahan bunga Sakura di Tokyo serta keputihan salji di Gala Yuzawa. Gala Yuzawa adalah sebuah pusat peranginan yang senang untuk dilawati kerana menyediakan stesen keretapi Shinkansen yang dapat menghubungkan perjalan terus dari Tokyo. Kemudahan gondola dari stesen Shinkansen terus ke kawasan utama pusat peranginan amatlah menyenangkan pengunjung-pengunjung yang menghabiskan masa santai bersama keluarga dan kawan yang membuat "day trip" ke sini.

Dengan trip ini juga, peserta berpeluang melawat ke sekitar Mt. Fuji yang menjadi lambang kemegahan rakyat Jepun. Kecantikan Mt. Fuji yang mana puncaknya masih diselaputi salji putih semasa musim bunga amatlah memukau pandangan. Trip ini hanya untuk yang memilih trip 6D5N.
Pengangkutan utama sepanjang trip ini adalah dengan menggunakan keretapi dan juga keretapi bawah tanah. selain dapat merendahkan harga kos agar untuk percutian yang lebih murah, pengalaman menaiki kenderaan awam di Jepun seperti rakyat tempatan adalah satu pengalaman yang sangat berharga. dengan itu juga, kita dapat menyelami budaya serta kecanggihan serta ketepatan masa sistem pengangkutan awam di Jepun.

Komitmen di JBT ialah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat agar dapat  melawat Jepun dengan trip dengan harga yang berpatutan dan murah. Trip ke Tokyo ini direka khas agar ianya menjadi satu trip ke Tokyo dengan harga yang murah dan didalam kemampuan kebanyakan orang. Ianya bukanlah trip lima bintang dengan hotel lima bintang dan juga pengangkutan juga adalah dengan pengangkutan awam.

Ringkasan Pakej :

  • Pakej 6 hari 5 malam
    • JSST6D5N : 30 Mac - 4 April 2018
  • Pakej 5 hari 4 malam 
    • JSST5D4N : 31 Mac - 4 April 2018

Maklumat Pakej :

  • Pakej 6D5N (kod : JSST-6D5N)
    • Tarikh : 30 Mac - 4 April 2018
    • Lawatan sekitar tempat-tempat menarik di Tokyo
    • Lawatan ke Gala Yuzawa Ski Resort dan Karuizawa (Premium outlet & Ski Resort) dengan menaiki Shinkansen (keretapi laju)
    • Lawatan ke sekitar Lake Kawaguchi sambil menikmati permandangan Mt. Fuji.
    • Harga - dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM2,790 seorang / kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM2,490 seorang
  • Pakej 5D4N (kod : JSST-5D4N)
    • Tarikh : 31 Mac - 4 April 2018
    • Lawatan sekitar tempat-tempat menarik di Tokyo
    • Lawatan ke Gala Yuzawa Ski Resort dan Karuizawa (Premium outlet & Ski Resort) dengan menaiki Shinkansen (keretapi laju)
    • Harga - dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM2,390 seorang / kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM2,090 seorang

Pilihan (optional) :

  • Tiket penerbangan : Harga sekitar RM1,500 – RM2,000 tertakluk kepada syarikat penerbangan.
  • Pocket Wifi : RM18 sehari untuk seunit.

Harga termasuk :

  • Penginapan (2-4 orang sebilik)
  • Pengangkutan awam (Keretapi, bas dll)
  • Insuran perjalanan
  • Jurupandu

Harga TIDAK termasuk :

  • Tiket penerbangan pergi-balik ke Tokyo
  • Makan dan minum
  • Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)
  • Caj sewa peralatan ski & snowboard (jika ada)
  • Caj lif (jika ada)

Cadangan Perjalanan Trip (JSST-6D5N) :

  • Hari 1 : Ketibaan dan berkumpul di Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) pada pukul 11.00 malam. Daftar masuk hotel
  • Hari 2 : Trip ke Lake Kawaguchi (Mt. Fuji)
  • Hari 3 : Trip ke Gala Yuzawa Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)
  • Hari 4 : Hanami di Shinjuku-gyoen serta lawatan ke Odaiba
  • Hari 5 : Lawatan sekitar Tokyo (Tokyo Tower, Camii Mosque, Harajuku & Shibuya)
  • Hari 6 : Lawatan sekitar Tokyo (Asakusa,Ueno & Akihabara). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Haneda.

Cadangan Perjalanan Trip (JSST-5D4N) :

  • Hari 1 : Ketibaan dan berkumpul di Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) pada pukul 11.00 malam. Daftar masuk hotel
  • Hari 2 : Trip ke Gala Yuzawa Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)
  • Hari 3 : Hanami di Shinjuku-gyoen serta lawatan ke Odaiba
  • Hari 4 : Lawatan sekitar Tokyo (Tokyo Tower, Camii Mosque, Harajuku & Shibuya)
  • Hari 5 : Lawatan sekitar Tokyo (Asakusa,Ueno & Akihabara). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Haneda.

 

Nota :

  • Trip bermula dan berakhir di Haneda Airport
  • Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip.
  • Had umur minima untuk meyertai pakej ini adalah 7 tahun
  • Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan.
  • Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)
  • Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.
  • Untuk sebarang maklumat lanjut, sila emel kepada japanbudgettrip@gmail.com





Comments